Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Assalamualaikum. Mood nak makan manis-manis ni membuak-buak pulak. Dalam otak fikir nak buat kek laaa kuih laa, tapi belum terlaksana. Jadinya, kite belanja resipi cupcake Pandan Gula Melaka atau Kek Pandan Gula Melaka atau Kek Pandan Nisang. Hihi sebenarnya benda yang sama je, cuma kite buat versi mini aje, boleh hulur-hulur kat jiran kiri kanan. Resipi ni melambak dah sebenarnya online tinggal nak search aje. Kali ni kite guna resepi Azlina Ina, mintak dihalalkan lah ye. Sedap dan senang je sebenarnya. Kalau versi kite ni semua nak yang mudah-mudah aje hehe

Bahan A

  • 1/2 cawan santan kotak (kite suka pakai brand Kara pekat sikit dari brand lain)
  • 1 sudu kecil emulco pandan coconut
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (boleh ganti dengan air daun pandan tapi kaler die light sangat)
  • Satukan dan kacau sebati

Bahan B
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri Bluekey
  • 1/2 cawan tepung hong kong atau tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Satukan dan ayak

Bahan C 
  • 125 g butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • Esen vanilla
  • 2 biji telur
  • Campurkan dan putar butter+gula+esen vanilla sehingga sebati
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • Masukkan bahan A dan bahan B berselang seli sehingga habis
  • Sediakan loyang dan lapik baking paper
  • Bakar suhu 170C selama 40 minit(kalau buat versi cupcake dalam 10-15 minit je sebab kecik)
Untuk toppingnya kite guna whipping cream Vivo aje, non dairy, senang sebab tak sensitif macam yang dairy. Overmix tak menjadi aje selalu. Cream Vivo ni memang dah manis so tak payah tambah gula. Guna secawan je,pukul sampai kembang.

Untuk drizzle dan filling gula melaka
Ambil sekerek(sebiji) gula melaka cairkan dalam suku cawan air. Kacau sampai pekat guna api kecik, sampai cair, biarkan sampai sejuk.

Dah sejuk, tebuk sikit bahagian tengah cupcake,masukkan dalam tu,kalau cair die meresap ke dalam kek,tapi ok jeee buat rasa gula melaka tu dalam kek. 
Pipekan topping cream tadi, drizzle gula melaka atas tu.
Siappppp!
Boleh tahan manis,nasib baik kek tak berapa manis,kire balance laa hehe.

Pandan gula melaka: checked!
Hihi selamat mencubaa nah blanje gambar comot 


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia