Cara Untuk Mulakan Bisnes Online

Assalamualaikum, dalam post ini saya akan bercerita mengenai cara untuk mulakan bisnes online dengan mudah, tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Sebaiknya sebelum memulakan perniagaan sama ada secara online atau offline sekalipun, sangat bagus jika kita lengkapkan pengetahuan asas mengenai bisnes. Jika kita dapat memahami asasnya, maka mudahlah untuk kita menaikkan bisnes online kita supaya dikenali ramai.

sumber : Google


Jika kita lihat fenomena industri perniagaan masa kini, kebanyakannya usahawan memilih menjalankan bisnes online. Berbeza jika dibandingkan pada masa sebelum ini. Perkataan perniagaan itu datang bersama kedai fizikal ataupun yang nampak dimata kasar. Berniaga, hatta menggunakan lori kecil adalah relevan, tapi itu adalah situasi sebelum ini. Masa kini, ada usahawan yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan, hanya dengan menggunakan kemudahan teknologi untuk menjalankan perniagaan atas talian.

Mengapa memilih menjalankan bisnes online?

Pertama, mereka dapat menjimatkan wang. Contohnya, mereka tidak perlu membayar sewa kedai, bil-bil utiliti, kos menggaji pekerja dan lain-lain lagi. Hanya berbekalkan sebuah komputer atau telefon pintar, kita sudah boleh memulakan perniagaan sendiri.

Namun, situasi di atas mungkin jadi berbeza jika perniagaan anda semakin berkembang dan bertambah maju. Jika permintaan melebih pengeluaran, dan anda tidak lagi mampu melakukan semua kerja seorang diri, itulah masa yang tepat untuk memikirkan cara lain untuk mengembangkan perniagaan.


Kedua, mengapa bisnes online jadi pilihan ramai pada masa kini adalah kerana fleksibiliti. Kemudahan teknologi zaman sekarang memungkinkan semua proses dilakukan secara atas talian. Semua transaksi perbankan juga boleh diakses melalui atas talian. Walau dimanapun anda berada, bisnes tetap boleh dijalankan tanpa henti. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan masa. Aplikasi atas talian seperti Whatsapp dan Telegram memungkinkan komunikasi dengan pihak lain tanpa memerlukan anda keluar dari rumah pun!

Ketiga,anda tidak terhad pada pasaran dalam negara sahaja malah mungkin boleh menembusi peringkat antarabangsa! Golongan sasaran juga mungkin lebih meluas.

sumber : Google


Jadi bagaimana cara untuk mulakan bisnes online anda?

PERLU ADA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN UNTUK DITAWARKAN

Jika anda masih diperingkat awal dalam perniagaan, tidak perlu tergopoh-gapah mengeluarkan produk berjenama sendiri. Lihat sahaja usahawan yang berjaya sekarang, kebanyakan mereka bermula dari bawah, belajar ilmu perniagaan dengan memasarkan produk sedia ada. Dari sini, anda boleh belajar perkara-perkara asas tanpa perlu mengambil risiko mengalami kerugian.

Bukan mudah untuk mengeluarkan produk jenama sendiri yang berkualiti. Perlu ambil masa untuk proses R&D dan proses menjenamakan produk supaya dikenali ramai. Risiko yang tinggi bukan? Jadi ambil langkah pertama perlahan-lahan, kukuhkan kewangan anda sebelum mula mengembangkan jenama sendiri ke pasaran.


KENALI PRODUK  YANG ANDA TAWARKAN.
Tak kenal maka tak cinta. Kalau anda sebagai penjual tidak tahu apakah kelebihan produk yang anda jual berbanding ribuan produk yang lebih kurang sama, macam mana anda nak yakinkan pembeli.

"Eh sama je dengan produk B, diorang punya lagi murah"

Disinilah peluang untuk yakinkan prospek , kenapa perlu memilih produk yang anda tawarkan. Nampak mudah tapi sebenarnya ramai yang gagal part ini. Baru kena "sergah" acah-acah manja dah give up hihi. Know your unique selling point, be different from others.


PILIH CARA PEMASARAN YANG DIINGINI
Bisnes online itu sendiri bermaksud bisnes yang dijalankan atas talian, jadi anda perlulah memilih platform atas talian yang ada sebagai medium pemasaran.

Contoh platform yang popular adalah seperti Facebook, Instagram atau Blog.

PRODUK : CHECKED!
PLATFORM: CHECKED!

Sekarang langkah terakhir adalah cara untuk menggunakan teknik dan cara yang betul untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda.

Persaingan dalam bisnes online ni bukan sedikit, jadi anda perlu jadi unik dan lain dari yang lain. Jadi untuk lebih menonjol dan lebih dikenali, anda perlulah mempelajari teknik-teknik pemasaran yang berkesan daripada pakar-pakar pemasaran. Jangan habiskan masa dan duit secara membuta tuli dan akhir sekali tidak membuahkan hasil pun.


Ehhhh, langkah yang paling penting adalah


MULA SEKARANG!

Sampai bila nak bertangguh, alasan berbakul-bakul, tapi merungut

"eh kenapa dia boleh berjaya"
"wahh dah kaya dah orang tu, bila agaknya aku boleh jadi macam dia" 

If you want to do it, do it NOW!


sumber : Google


Pada posting-posting sebelum ini, saya ada berkongsi tentang isu yang berkaitan

Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

5 Kelebihan Perniagaan Dalam Talian

Jadi sekian saja perkongsian saya tentang cara untuk mulakan bisnes online ini.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Pengedar Sah Shaklee Salak Tinggi, Sepang, Nilai dan Kota Warisan

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia