Jenis Jerawat Dan Tips Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum,selamat sejahtera semua. Disebabkan selalu jugaklah dapat pertanyaan vitamin apa sesuai untuk masalah jerawat semua kan. Jerawat ni banyak jenis taw,nak cerita jugaklah sikit pasal jenis jerawat dan tips nak hilangkan jerawat. Dulu masa umur belas-belas kite pernah and selaluu sangat naik jerawat kat muka ade satu masa tu punya banyak especially kat dahi,huih, rase berparut jugaklah walaupun mild aje parutnya. Fobia rase. Korang pun mesti pernah rasa kan? Rase insecure,segan,rendah diri, nak-nak time keluar jerawat tu pulak la ade presentation semua,rase nak pakai topeng aje.Orang kate tengah galak gatal sangat kikiki. Sebenarnya jerawat ni bukan tumbuh kat muka je, tempat yang ada potensi nak naik macam bahu,belakang badan, dada. Aish kadang pelik dan lawak kan, bile dengar orang kate jerawat kat belakang badan hihi.

Sebenarnya jerawat ni terbahagi pada dua jenis iaitu jenis yang mengakibatkan keradangan dan tidak mengakibatkan keradangan.

NON-INFLAMATORY (TIDAK MENGAKIBATKAN KERADANGAN)

Contoh bagi jerawat jenis ni adalah blackhead dan whitehead.
  • Blackhead ni disebabkan oleh pengumpulan atau clogged minyak (sebum) dan kulit mati. Pori yang tersumbat ni terbukak sebab tula nampak hitam-hitam. 
  • Whitehead pun disebabkan oleh sebum dan kulit mati,bezanya pori yang tersumbat tu tertutup semula, sebab tu kite nampak putih-putih dan benjolan kecik. Whitehead lebih susah nak dihilangkan sebab pori dah tertutup. 
INFLAMATORY (MENGAKIBATKAN KERADANGAN
Selalunya disebabkan oleh bakteria. 

  • Jerawat pasir(papules). Saiznya kecil,nampak kemerahan dan timbul di permukaan kulit. Terasa sakit apabila disentuh.
  • Jerawat batu(pustules). Saiznya lebih besar, tumbuh pada permukaan kulit, bengkak dan terasa sakit apabila disentuh. Selalunya meninggalkan kesan parut kalau selalu usik
  • Nodules. Tumbuh didalam kulit. Disebabkan bakteria dan pengumpulan kulit mati. 
  • Cyst. Juga tumbuh dibawah kulit, tetapi lebih dalam berbanding nodules. Mengakibatkan keradangan yang teruk
  • Nodules dan cyst selalunya tidak boleh dirawat dengan cara biasa, perlu berjumpa dengan dermatician untuk mendapatkan penyelesaian.
Sumber: Google

TIPS HILANGKAN JERAWAT
Selain menggunakan ubat-ubatan atau pencuci muka yang terdapat dipasaran, terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan semulajadi yang senang didapati. Mesti ade punya kat rumah kan. 
  • Kunyit. Hancurkan/lumatkan kunyit, tampal pada tempat yang dinaiki jerawat,biarkan semalaman,insyaAllah akan hilang
  • Ubat gigi. Tampal pada tempat yang ditumbuhi jerawat, insyaAllah jerawat akan kecut dengan cepat
  • Madu. Tampal pada jerawat dan biarkan semalaman. 
  • Kulit kayu manis. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk kemudian tampal pada bahagian ditumbuhi jerawat. InsyaAllah akan membantu kecutkan jerawat dengan cepat.
  • Ais. Tekap ais pada jerawat untuk kurangkan kesakitan dan sekaligus membantu mengecutkan jerawat. Tips ini juga boleh digunakan untuk mengecutkan liang pori.
Cara paling senang yang kite amalkan adalah dengan ambil sebiji Vitamin C Shaklee setiap hari,jerawat memang segan nak tumbuh,parut yang lama mula hilang, muka makin moist,rasa kulit makin sihat. Kalau jerawat keluar, cepat-cepat buat mask guna Vitamin C. 😍

Tu jelah kut daripada pembacaan dan pengalaman sendiri hehe.
Nak dapatkan produk Shaklee boleh contact kite taw.

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI 


Comments

  1. Assalamualaikum Nina. Saya baru cerita tentang sabun homemade keluaran D'Freshpicks di blog saya. Kalau berminat jom la kesana ! :)

    https://dfreshpicks.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia