Kerja Dari Rumah Dan Kelebihannya
Assalamualaikum, posting saya hari ini berkenaan kerja dari rumah dan kelebihannya. Saya akan bercerita mengenai isu ini mengikut perspektif saya yang juga seorang surirumah. Apakah kelebihan kerja dari rumah berbanding pekerjaan lain? sumber : Google Pandangan tipikal masyarakat menganggap seorang surirumah hanya duduk dan menguruskan hal-hal rumahtangga berkaitan anak-anak dan selebihnya mempunyai banyak masa senggang adalah sudah tidak relevan pada masa sekarang. Perkembangan teknologi yang pesat memungkinkan seorang surirumah juga mempunyai "pendapatan" dengan menjalankan perniagaan dalam talian, hanya dari rumah. Ramai yang tidak sedar dan masih memandang enteng walaupun gelaran "working-at-home-mom" memang wujud! Pasti juga ramai yang tidak sedar bahawa kelebihan yang mereka peroleh dengan memilih bekerja dari rumah. BEBAS TENTUKAN JADUAL KERJA SENDIRI Jika anda seorang pekerja kepada majikan, pastinya anda mempunyai kekangan dan tekanan darip...