Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Assalamualaikum, kalau sebut pasal kerja sambilan di rumah , dalam kepala automatik kaitkan dengan kaum wanita, betul kan? Boleh dikatakan konsep surirumah zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza kerana ramai surirumah yang memilih untuk membuat kerja sambilan di rumah . sumber : Google Saya akan bercerita serba sedikit mengenai kerja sambilan di rumah dan perkara yang perlu anda tahu. Penceritaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Kerja sambilan di rumah dan tanggapan orang Lazimnya apabila kita sebut kerja sambilan di rumah, ia membawa maksud pekerjaan lain yang dilakukan selain kerja tetap. Boleh cuba lihat apa yang dilakukan oleh blogger ini mengenai kerja sambilan di rumah, hasilkan RM 1000 - RM 2000 . Anda mungkin mempunyai pekerjaan tetap pada siang hari mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada malamnya melakukan kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan. Tetapi dengan perkembangan pantas dunia tekn...