Posts

Showing posts with the label kerja sambilan

Kerja Dari Rumah Dan Kelebihannya

Image
Assalamualaikum, posting saya hari ini berkenaan  kerja dari rumah dan kelebihannya.  Saya akan bercerita mengenai isu ini mengikut perspektif saya yang juga seorang surirumah. Apakah kelebihan kerja dari rumah berbanding pekerjaan lain? sumber : Google Pandangan tipikal masyarakat menganggap seorang surirumah hanya duduk dan menguruskan hal-hal rumahtangga berkaitan anak-anak dan selebihnya mempunyai banyak masa senggang adalah sudah tidak relevan pada masa sekarang. Perkembangan teknologi yang pesat memungkinkan seorang surirumah juga mempunyai "pendapatan" dengan menjalankan perniagaan dalam talian, hanya dari rumah. Ramai yang tidak sedar dan masih memandang enteng walaupun gelaran "working-at-home-mom" memang wujud! Pasti juga ramai yang tidak sedar bahawa kelebihan yang mereka peroleh dengan memilih bekerja dari rumah. BEBAS TENTUKAN JADUAL KERJA SENDIRI Jika anda seorang pekerja kepada majikan, pastinya anda mempunyai kekangan dan tekanan darip...

5 Kelebihan Perniagaan Dalam Talian

Image
Assalamualaikum, dalam posting hari ini saya akan menyentuh berkenaan  kelebihan perniagaan dalam talian.  Mengapa ramai usahawan baru memilih untuk membangunkan perniagaan atas talian, dan mengapa usahawan yang telah berjaya juga memilih untuk mula mempraktikkan penggunaan pemasaran atas talian? Jom kita tengok 5 kelebihan perniagaan dalam talian ini. sumber : Huffingtonpost.com Perniagaan dalam talian atau  online business  bermaksud perniagaan yang dijalankan di internet yang menjadi medium perantaraan antara pengguna dan penjual. PASARAN YANG LUAS DAN TIDAK TERBATAS Perniagaan yang dijalankan atas talian adalah tidak terbatas, tidak mengira kaum, budaya, bangsa atau jarak sekalipun. Capaian internet mampu menghubungkan seluruh dunia, tidak terhad kepada sesetengah kawasan sahaja. Jadi disinilah wujud potensi pasaran yang sangat besar. TIADA HAD MASA Internet adalah sesuatu yang sentiasa "hidup", 24 jam, siang dan malam, 7 hari seminggu, 365 hari set...

Kerja Sambilan Di Rumah Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Image
Assalamualaikum, kalau sebut pasal kerja sambilan di rumah , dalam kepala automatik kaitkan dengan kaum wanita, betul kan? Boleh dikatakan konsep surirumah zaman dahulu dan zaman sekarang sangat berbeza kerana ramai surirumah yang memilih untuk membuat kerja sambilan di rumah . sumber : Google Saya akan bercerita serba sedikit mengenai kerja sambilan di rumah dan perkara yang perlu anda tahu. Penceritaan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Kerja sambilan di rumah dan tanggapan orang Lazimnya apabila kita sebut kerja sambilan di rumah, ia membawa maksud pekerjaan lain yang dilakukan selain kerja tetap. Boleh cuba lihat apa yang dilakukan oleh blogger ini  mengenai kerja sambilan di rumah, hasilkan RM 1000 - RM 2000 . Anda mungkin mempunyai pekerjaan tetap pada siang hari mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan pada malamnya melakukan kerja tambahan sebagai pendapatan sampingan. Tetapi dengan perkembangan pantas dunia tekn...