7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Entry hari ini bersambung dengan entry-entry sebelumnya, berkenaan dengan Kencing Manis atau Diabetes. Diringkaskan balik, diabetes berpunca daripada masalah berkaitan Hormon Insulin, samada jumlah Insulin dihasilkan oleh badan adalah mencukupi ataupun hormon yang dihasilkan sudah cukup banyak tapi disebabkan kegagalan badan menggunakannya dengan sebaiknya menyebabkan berlakunya masalah gula berlebihan dalam darah ataupun Diabetes.  Boleh cuba baca dengan lebih lanjut berkenaan Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal.

Terdapat banyak jenis ubat yang akan diberikan oleh doktor bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang. Ubat ataupun rawatan yang kerap kita dengar diambil oleh pesakit Diabetes, Contohnya, pesakit yang menghidap Diabetes Jenis 1 ataupun Type 1 Diabetes disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi,jadi solusinya adalah pengambilan insulin secara manual melalui suntikan setiap hari dan kekerapan bergantung kepada keadaan seseorang pesakit.

Bagi pesakit yang menghidapi Diabetes Jenis 2 (Type 2), lazimnya mereka perlu mengambil ubat-ubatan jenis pil dan mungkin juga kombinasi ubat-ubatan dan suntikan insulin. Tapi hari ni, kite nak kongsi apa yang kite faham daripada pembacaan dan pemahaman kite, apa cara alternatif untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah. Antaranya adalah:

sumber:Google

  • Ginseng Merah ataupun Red Ginseng. Petua ni mungkin berasalnya daripada cara pemakanan masyarakat bukan Melayu. Tapi rupanya bukan sekadar petua orang dulu-dulu je, ade kajian saintifik yang mengkaji keberkesanan ginseng ni dalam menurunkan paras gula dalam darah.

sumber :Google
  • Halia. Tak kira lah samada dimakan secara mentah atau ada jugak yang minum teh yang dicammpur dengan halia ataupun dimakan sebagai ulam-ulaman. Terdapat kajian saintifik yang juga menyokong tentang kesan halia yang positif dengan menurunkan paras gula dalam darah.

sumber :Google



  • Bawang Putih. Bawang putih memang diketahui mempunyai sifat anti-bakteria. Samada dimakan secara mentah ataupun dalam bentuk supplemen. Selain dapat membantu mengurangkan masalah seperti bau badan, bawang putih dikatakan mampu membantu mengawal paras gula dalam darah. Terdapat bberapa kajian saintifik yang dijalankan mendapati terdapat perubahan yang signifikan pada paras gula pesakit diabetes yang mengambil bawang putih sebagai sebahagian daripada diet. Selain dapat membantu mengawal paras darah, ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan komplikasi yang dihadapi akibat penyakit diabetes itu sendiri.
  • Halba (Fenugreek Seed). Halba dapat membantu melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat, oleh itu banyak petua untuk pesakit diabetes yang menggalakkan pengunaan halba dalam masakan. Melalui beberapa kajian saintifik yang dijalankan di India, terdapat perubahan yang signifikan dalam paras gula pesakit Diabetes Jenis Satu apabila serbuk halba dimasukkan ke dalam diet seharian, selain itu paras kolesterol juga dapat dikurangkan.

sumber :Google
  • Lidah Buaya. Terdapat kajian yang dijalankan untuk menguji keberkesanan lidah buaya dalam menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap paras gula pesakit tersebut. Lazimnya lidah buaya hanya dikaitkan dengan cara alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan luka, ataupun sebagai salah satu bahan dalam industri kosmetik. Mungkin lidah buaya berpotensi menjadi cara alternatif untuk membantu pesakit diabetes selain daripada mengamalkan ubat-ubatan, mungkin? 

sumber:Google
  • Pokok Misai Kucing. Antara petua yang kerap didengar adalah minum rebusan air pokok misai kucing dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah. Terdapat kajian yang mengkaji keberkesanan pokok misai kucing sebagai alternatif rawatan bagi penyakit diabetes tetapi tiada keputusan yang signifikan. 

sumber :Google
  • Daun rama-rama terkenal sebagai salah satu herba yang mempunyai banyak kegunaan terutamanya dalam mengubati penyakit. Air rebusan daun rama-rama dipercayai dapat membantu mengawal paras gula dalam darah. 


Boleh juga rujuk Petua Kencing Manis sebagai alternatif cara untuk menurunkan paras gula dalam darah. Cara yang dicadangkan mungkin berbeza kesannya terhadap setiap individu, ini cuma cara yang dicadangkan mengikut petua orang zaman dahulu. Selain itu, peria katak juga merupakan salah satu cara yang kerap dicadangkan untuk pesakit diabetes. Rujuk Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis.

Selain ubatan tradisional, kebelakangan ini banyak produk kesihatan yang dikatakan mampu membantu pesakit diabetes telah wujud. Di Shaklee pula, sebagai makanan tambahan dan alternatif rawatan seiring dengan perubatan moden, Vivix Shaklee dipercayai dapat membantu mengawal penyakit diabetes daripada semakin teruk. Ini kerana, antara kandungan bahan yang digunakan untuk menghasilkan Vivix adalah JAPANESE KNOTWEED. Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan Japanese Knotweed dapat membantu menyihatkan organ pankreas dan sekaligus dapat membantu penghasilan insulin secara semulajadi. Boleh rujuk entry berkenaan Vivix Shaklee di SINI.

Perlu diingatkan,petua tradisional tidak salah untuk dicuba tetapi perlulah mengambil kira pandangan dari mereka yang lebih pakar. Salah satu ikhtiar untuk mengelakkan pengambilan ubat-ubatan yang berterusan dan hanya bergantung pada suntikan insulin luaran kerana umum tahu kesan jangka panjang mengamalkan ubat-ubatan kepada tubuh badan. Itu sahaja perkongsian melalui pembacaan saya yang cetek ilmu. Terlebih terkurang mohon dihalalkan.

Nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia