Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Harini nak perkenalkan sejenis sayur eh ke ulam ke hehe. sayur la kan. Tapi namanya ada nama haiwan jeng jeng jengggg. Apedia? Peria Katak nama dia. Haa kau nama dia, sekali dengar telan air liurrrr, tekak kembang semangkuk hihi. ehh tapi jangan main-main taw, khasiat dia sangat banyak. Jadi pergi paso, carila peria katak ni atau bahasa pasar "Bittergourd". Gituu bahasa paso hehe. Jom tengok resepi dia ni. Yang paling common, mesti jumpa punya kat kedai mamak kee kedai nasik kandar ke, goreng berempah rangup-rangup gitu.Ni tengok dulu asal kejadiannya buah ni, patutla dia dapat nama camtu kan ye tak? Sebab kulit die hihi


Ini Peria Katak


Ini keratan rentas beliau hihi
Sumber: Google


Ini kejadian beliau setelah bertukar rupa. Menyelerakan kan nyummmss
Sumber:Google

Resepi Pertama : Peria Katak Goreng Fast and Furious
1) Belah dua atau potong la ikut suka uols, bujur sireh ke bulatan gembira kee janji bukan cincang lumat hihi
2) Pecahkan sebijik telur
3) Cari tepung serbaguna dalam gebor (almari) mak
4) Celup manja dalam telur, gaul dengan tepung
5) Siap untuk digoreng, goreng sampai garing ok barula sedap krukk krakkk tu

 *Fast and Furious sebab sesuai sangat untuk orang yang nak cepattt ekspresss panteesss dong hihi

Resepi Kedua: Peria Katak Mamak Style
1) Belah dua atau hiris nipis
2)Sediakan bancuhan untuk saduran iaitu :

  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar air
3) Celup dan goreng peria katak sehingga garing
4) Sedia untuk dimakan bersama nasik kandar hihi

Resepi Ketiga : Peria Katak Duet Telur
1) Potong Peria
2) Kisar 1 biji bawang besar dan dua biji bawang putih.
3) Tumis dengan peria sehingga peria layu
4) Masukkan dua biji telur dan gaul sehingga telur masak
5) Taburkan sedikit garam. Siapppp!

Resepi Keempat : Suppppp Peria Katak
1) Tumis dua biji bawang putih dan 1 sudu kecil lada hitam
2) Masukkan air
3) Masukkan peria
4) Tambahkan garam dan gula secukup rasa

Resepi Kelima :Peria Goreng Dengan Ikan Bilis
1) Hiris peria
2) Hiris halus
  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 2 sudu besar lada hitam
  • garam secukup rasa
  • setangkai daun kari
3) Goreng ikan bilis sampai garing
4) Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris halus bersama daun kari
5) Tambah sedikit air, garam dan gulaa secukup rasa
6) Bila peria dah nampak layu, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Tadddaaaa

Tips tambahan: Rendam peria yang dipotong dalam air garam untuk mengurangkan rasa pahit.
Perlu diingatkan, peria ni mungkin terasa sedikit pahit, yela namanya pun BitterGourd. Pahit dan peria mana boleh dipisahkan. Orang tua-tua kata yang tak sedap, yang busuk, yang pahit ituulah ubat. hihi
Okay pilih lah resepi kesukaan anda. Masak dan makanlah bersama pria kesukaan anda, mana tahu rasa pahit tu tak terasaaa sangat  hihi.





Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia