Petua Kencing Manis

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Harini kite nak sambung tentang diabetes. Sebelum ni ada post berkenaan Diabetes dan Tanda-tanda awal. Boleh refer post tu kat SINI. Selain menggunakan kaedah perubatan moden, tak salah kalau kita cuba cara alternatif betul tak? Tapi perlu diingatkan kesan pada setiap orang adalah berlainan, jadi jangan putus asa, mungkin cara A tak berkesan untuk awak, tapi cara B mungkin boleh membantu kurangkan masalah yang dialami berkaitan penyakit kencing manis tu.  Antara petua kencing manis yang popular adalah

  • BENDI: Sejenis tumbuhan yang kalau kite makan die ade lendir-lendir tu. Sebenarnya lendir ni yang bagus untuk kesihatan. Bendi mempunyai serat yang boleh membantu melambatkan proses pencernaan makanan. Sebab tu bila makan, kandungan gula tak naik secara mendadak, paras gula dlam darah lebih stabil. Bendi juga mempunyai kandungan kalori yang rendah dan sesuai dimakan oleh pesakit diabetes
  • KULIT KAYU MANIS : Sama jugak macam Bendi, Kulit kayu manis dikatakan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Ia juga dapat membantu menaikkan penghasilan hormon insulin. Selain tu, dia dijadikan pemanis semulajadi untuk mengelakkan pemgambilan gula oleh pesakit diabetes.
  • TEH HIJAU : Lazimnya perubatan Cina menggunakan teh hijau untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, teh hijau juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan, jadi jika pesakit diabetes mengalami masalah berat badan berlebihan. boleh cuba teh hijau ni. Bergantung pada jenis apa diabetes yang dihidapi, jika gaya pemakanan diubah ke arah yang lebih baik dan sihat. mungkin dapat membantu mengurangkan sedikit masalah kencing manis yang dihadapi.
  • PERIA KATAK : Dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah. Baca SINI untuk dapatkan resepi dan cara memasak.  Mengandungi bahan aktif yang bersifat anti-diabetic seperti Charantine. Ia terbukti dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah sekaligus membantu pesakit diabetes.
  • DAUN SIRIH : Air rebusan daun sirih dikatakan dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah dengan kehadiran bahan aktifnya yang bersifat anti-diabetic antaranya Tannins, Saponins dan Flavonoids. Daun sirih merah ni antara herba yang mempunyai banyak kebaikan jika diamalkan dalam kehidupan seharian.





Ini cuma sebahagian dari yang kite dapat maklumat dari pembacaan lah kan. Mungkin ade lagi petua lain yang berguna, boleh sama-sama  kita belajar ye tak? Tak salah pun. Moga dengan perkongsian ini, dapat membantu sesiapa yang memerlukan insyaAllah.

Nak ikhtiar dengan supplemen?
Boleh hubungi saya 

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia