Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Hari ni, kite nak cerita serba sedikit pasal supplemen. Yela kan ke jual supplemen, tak ramai mesti ade yang datang tanya, kenapa nak ambik supplemen? Tak bahaya ke? Camana nak tahu supplemen tu selamat untuk diambil? Ada kesan jangka masa panjang atau tak? Dannn macam-macam lagi lah. Harini jom kite pecahkan pandangan skeptikal uols ni semua ok? Hihi

Pertama sekali. Perlu ke ambil supplemen? Kenapa? Supplemen adalah makanan tambahan. Makanan tambahan adalah perlu bila kita rasa, apa yang kita ambil dalam diet seharian tak mencukupi untuk penuhi keperluan badan. Ade yang cakap, "eh, saya makan sayur, saya makan protein, saya sihat, tak pernah masuk hospital". Adakah itu jaminan bahawa nutrisi yang diperlukan oleh badan cukup? Jawapannya tidak. Contohnya, kalau kita kekurangan kalsium, tanda-tanda awal tak ketara sampai kita tak dapat kesan pun,sampailah tiba-tiba bila checkup,kita ade risiko osteoporosis. Kan? Faham dok? 

Keduanya, kita kene tengok keadaan dunia sekarang, zat yang ada dalam makanan yang kita ambil tu, adakah sebanyak macam zaman dulu. Adakah zat yang perlu diserap dari tanah oleh tumbuhan sama macam zaman dahulu. Jawapannya tidak. Jadi boleh ke kita cakap kita dapat zat cukup dari makanan? Itu belum lagi masuk bab proses makanan,dengan haba tinggi, tekanan tinggi. Akhirnya yang kenyang hanya perut kita, sel-sel kita tak dapat nutrisi yang diperlukan.

Cara Memilih Supplemen
1) Pastikan supplemen tu selamat untuk dimakan. Ada kajian untuk pastikan tiada kesan jangka panjang. Kenapa kena pilih yang selamat? Kita nak ambil supplemen untuk kekal sihat, kalau main ambik jee somberono, yang tumbuh macam cendawan sekarang, kesannya kita tak tahu. Jadi selidik dulu, syarikat yang mengeluarkan, adakah syarikat tersebut adalah syarikat yang stabil, dah bertapak berapa lama dalam bidang kesihatan nutrisi? Ade tak feedback dari mereka yang menggunakan produk dari syarikat tersebut yang dah dapat hasil positif? Berapa lama pengguna ambil dan ape kesan baik yang mereka dah rasakan? Semua point ni penting untuk kita kaji taw.

2)Dah tahu supplemen mana kita tertarik? Sekarang periksa kandungan bahan dalam supplemen tersebut. Adakah terdapat pengawet, bahan kimia yang berbahaya atau terdapat bahan sintetik dalam penghasilan? Semua ni adalah bahan yang boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk kalau diambil berterusan dan akhirnya kita yang terima padahnya. Hukhuks.

3) Perlu dapatkan cara yang betul untuk consume. Contohnya, kita dah pilih the best supplement untuk kita ambil, tapi main makan jee ikut suka,kadang makan kadang tak. Konsep utama yang perlu kita faham, vitamin dan mineral perlu diambil dengan kadar mencukup setiap hari. So,kalau harini kita makan,esok lusa tak makan,bulan depan makan balik. "Lapar" taw sel-sel badan kita. Ingat perut je ke taw lapar hihi. Bila sel "tak sihat",macamana dia nak kerja banyak kerja kuat nak pastikan tuan punya badan sihat?

Rasanya cukup tiga point ni dulu. Something good to ponder upon right? Perlu ke perlu. Jom tepuk badan, tanyaa "haii awak sihat tak" hehe
Kite rasa dan kita yakin kite perlu nutrisi yang lengkap mencukupi tambahan lagi sebab sedang bf baby kecik, pastu makan tak tentu, makan pulak bukannya hari-hari makan sayur. Kadang protein semata-mata hihi. Dan semestinya sebelum makan, kena selidik dulu. Kita pilih Shakleeeee!

Always SAFE
Always WORK
Always GREEN

Moto Syarikat Shaklee yang mengutamakan pengguna. Sebelum satu produk dikeluarkan, masa yang diambil bertahun-tahun, beratus-ratus ujian dijalankan. Dah ramai yang menggunakan berpuluh-puluh tahun dan dapat rasakan perubahan kesihatan ke arah yang lebih baik. Yang duk buat research ni pulak bukan orang cikai-cikai taw, ada antara saintis Shaklee ni yang menang Nobel Prize taw. Dan Shaklee sentiasa keluarkan duit dan peruntukan untuk tambah baik produk. Kalau jumpa formulation baru yang lebih baik, produk akan diperbaharui, dan masa yang diambil bukan kejap taw kadang bertahun produk dihentikan untuk bagi laluan proses research dan proses daftar semula produk. Nampak tak Shaklee titik beratkan keselamatan dan untuk pastikan yang terbaik saja consumer dapat? Kita sendiri dah bertahun-tahun jadi pengguna. Alhamdulillah memang rasa badan bertenaga,makin sihat,sakit pun jarang-jarang. Alhamdulillah serasi dan sangat berpuas hati.
Company Shaklee ni sendiri dah lama taw since 1956 sampai laaaa 2017.65 years dah taw. Kenapa dia boleh hidup sampai sekarang?of course la sebab ade demand ye tak.

Sooo,korang boleh pilih untuk jadi pengguna bijak kan. Jangan sewenang-wenangnya ambil produk yang sekejap je tumbuh macam cendawan,pastu tenggelam timbul. Be wise think twice.

Dan sebab kite jatuh cinta sangat sampai decide nak bantu semua orang untuk lebih sihat jugak. Sooo sesiapa yang nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi kite okayy

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI,KOTA WARISAN DAN NILAI

Comments

  1. Alhamdulillah pilihan yang tepat bila pilih Shaklee sebagai supplement untuk family kita
    Dah terbukti berkesan & selamat untuk jangka masa panjang :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional