Tanda-Tanda Diabetes Peringkat Awal

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca blog kite ni.  Semalam dah kongsi resepi Peria Katak. Kalau ikut petua orang zaman dulu-dulu Peria Katak sangat bagus untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis ataupun Diabetis. Zaman sekarang, kalau kita amati, penyakit kronik contohnya kencing manis, sakit jantung, dan sebagainya sebenarnya dah jadi benda biasa dalam masyarakat. Macam-macam lagila penyakit lain yang orang zaman dulu jarang dapat, harini boleh kata  kalau tanya 10 orang makcik pakcik, 3 atau 4 orang mungkin ada yang dapat penyakit ni. Tak payah cerita pasal yang tua-tua, yang muda-muda, kanak-kanak pun ada yang dah dapat penyakit ni. Realiti kehidupan dan taraf kesihatan masyarakat Malaysia sekarang, scary ke scary? Cara nak kenalpasti tanda-tanda diabetes macam mana? Macam mana nak elakkan? Apa puncanya? Apa akibatnya? Nak ulas lebih-lebih tak pandai kan, jadi mengikut pembacaan dan pemahaman yang cetek ni bolehla kite come out dengan maklumat di bawah.

Badan kita ni ada sistem automatik yang Tuhan anugerahkan, ade organ yang bernama pankreas, kerja dia hasilkan hormon insulin untuk pastikan gula diserap sepenuhnya kedalam sel, takdela biar terkontang-kanting dalam darah, itu yang bila buat blood test, dapat kesan gula dalam darah tinggi. Kencing manis terbahagi kepada dua

  • JENIS 1(TYPE 1) : Terjadi bila pankreas rembeskan atau hasilkan insulin yang sedikit atau langsung tiada insulin dihasilkan.
  • JENIS 2 (TYPE 2) : Terjadi apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara efisien. Lama-kelamaan pesakit jenis 2 akan menghadapi masalah yang sama iaitu kurang atau tiada insulin dihasilkan oleh pankreas.


PUNCA KENCING MANIS?
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya penyakit kencing manis ni. Salah satunya keturunan. Contohnya, dulu atok nenek kita mengidap diabetes? Mak kita ade risiko untuk dapat dan kita pun ada risiko yang sama. Selalu tak kalau pergi klinik, nurse ke doktor tanya, ade tak mak ke ayah ke ade penyakit blaablaablaa ? Risiko diperturunkan penyakit tu masih ada.

Kedua, faktor pemakanan. Contohnya, kalau perati, penduduk Malaysia ni sangat sinonim dengan pengambilan nasi sebagai makanan asas harian. Sekali sehari paling kurang, atau ade yang jenis tak sah kalau 3 meals sehari tu, die tak jamah nasi, dah jadi kewajipan gitu. Sebenarnya, nasik ni, bila diproses oleh badan, dipecahkan pada bentuk yang lebih ringkas iaitu gula. Sebab tu bila kita makan nasik atau benda berat lain yang tinggi kandungan karbohidrat, kandungan gula kita ssssuuuuuuuuuuupppp naik mendadak. Lepastu, tambah pulak lepas makan nasik, wajib pekena teh ais, teh o ais, or worse, minum pulak air tin. Huish die punya gula tu masuk dalam darah mendadak tau. Pastu badan tak sempat nak proses. Takutttt tapi yang tu yang best kannnn hihi tak cakap kat orang lain sebab diri sendiri pun sama hukss.

Ketiga, gaya hidup. Gaya hidup yang jenis sloww-slow lepak chillll je selalu pastu malas-malas nak bergerak pun boleh sebabkan dapat diabetes. Sebab makanan yang kita makan tu tak ditukarkan seperti yang sepatutnya.Badan pun tak boleh nak cergas-cergas buat keja, makaaaa hurmmm.


TANDA-TANDA AWAL KENCING MANIS
  • Kerap buang air kecil
  • Kehilangan berat badan secara drastik
  • Kerap terasa dahaga
  • Kepenatan yang melampau
  • Berat badan naik secara mendadak
  • Luka susah sembuh
  • Tidur berlebihan
  • Penglihatan mula kabur


Sumber:Google



Tanda-tanda ni bergantung pada tubuh badan seseorang. Ada yang jadi kurruss sangat secara tiba-tiba, ade pulak yang naik berat tiba-tiba. Ada yang langsung tak perasan tanda-tanda ni hinggalah dah terlambat.

KESAN BURUK?
Ada yang terpaksa dipotong anggota badan sebab luka merebak ke tempat lain. Ada yang kehilangan penglihatan, even worse ade yang meninggal. Kalau dah tahap yang teruk, mereka terpaksa bergantung pada sumber insulin luaran, hari-hari kena cucuk masuk insulin secara manual. Buah pinggang pun turut terjejas. Takut kan? Haaa sebab tulah, dari muda ni kena ubah cara hidup, pemakanan kena jaga, supaya tak terdedah dengan risiko terkena diabetes.

Sekian, rasanya dah panjang berjela pulak. Moga perkongsian yang tak seberapa ni dapat beri maklumat pada yang belum tahu atau pun yang dah tahu. Perhatikan jika badan anda memberikan tanda-tanda di atas. Rawat sebelum parah, cegah sebelum terlambat. 

NINA FARHANA 
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI.



Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia