Tips Travel Ke Korea Part 1 : Pulau Nami

Assalamualaikum, harini baru datang angin rajin nak menggodek belog setelah sekian lama. Sebabnya kene warning dengan encik suami suruh kemas sikit fon tuu, suke duk mengadu fon slowla ape sekali tengok gambar beribu riban, dokumen yang entah bile download pun bersepah, memang seloww aje laa fon kite tu hihi. Yeee memang laa banyak gambar-gambar katanya meniaga online. Haa sapa taktaw kite jual Shaklee tu memang nak kene babap. So from time to time kene update dalam belog, in case tetibe kejadian memory card rosak habis hilang kenangan dedulu hihi. Harap korang sudilah membaca hihi. Since last sekali trip annually ke Korea, jadi kite update sikit laa pasal trip ke Korea kan, Do's and Don't gituuu, especially untuk yang travel dengan toddlers macam kami. Eceh annual trip konon, walhal kebetulan jeeee, lepas kawin, memang Bulan 10 tu jadi bulan holiday. Yang trip lain tu dah boleh dah nak start recall balik sebab nak menulis entry kan hihi. Sebenarnya Trip to Pulau Nami ni dah program hari ke berapa dah, tapi considered one of most improtant place yang kene lawati kan, so kite mula dari sini aje yee. Lain nanti next entry lah pulak :)

So pada sesiapa yang sama spesis (eh) macam kami, jenis yang gi trip main koboi koboi ikut sukaaa tak ambik tourist guide ataupun proper pakej, elokk sangat lah baca ini ye hehehe. Bukan ape, pakej yang di offer quite mahal, lepastu kami nak travel dengan budak kecik, itinerary yang macam akan ada dalam pakej yang di offer adalah ke Everland or something like that, ala macam taman tema tuuu yang boleh masuk duk sehari dalam tu( mahal jugakk oiiii entrance feee die taww). hehe kitorang ni kan travel bajet jeee kikikiki. So pilihlah untuk merasai pengembaraan didunia sebenar hihi. Disebabkan trip koboi, jadinya pakai aje public transport untuk bergerak ke sana-sini, jadi rutin tukar train atau line tu sangat lah kerap. Jadi baik korang download sesiap apps atau pun paling koman gambar Lines yang ade tu kat SINI atau Google je KTX Line tu ye, sangatt penting taw. 

So Trip Ke Pulau Nami ni bermula diawal pagi sebab kene kejar feri tu kang kalau lambat, feri ke Pulau Nami tu last die gerak dari Nami balik ke "daratan" lebih kurang pukul 7, so masa kami ke sana, musim tu, pukul 7 tu gelap die dah macam pukul 9 10 gitewww hihi. Jadi kene plan wisely laah kate berjalan dengan budak kecik kan. Bangun pepagi breakfast dulu taw kang lapar, jangan lupe bawak bekal maggi ke apae yang berkenaan ye.Macam kami punye homestay takde tempat masak, tapi nasib baik depan-depan kawasan tu ade kedai makan, beli laaa Kimbap Tuna buat breakfast (harga dalam 3,000 won) kenyang taww kimbap die besoo berbaloi-baloi. Jadi, a day before tu sila lah plan/Google apa yang patut ok. Macam kami, hotel di Dongdaemun. Dari Stesen Dongdaemun, untuk ke nearest station untuk naik feri iaitu Stesen Gapyeong, kene laa tukar line banyak kali jugak kalau tak silap (yelah trip dah setahun baru nak menulis memang gini lah gayanya hihi ampunnn). Shortcut je cite ni sebab main point nak ke Nami itu sendirii okkay. Untuk yang travel pakai public transport, the best is gunalah carrier, sebab bila nak tukar dari satu line ke satu line, quite complicated dan ade yang sangatttt jauh, nasib korang baik, ade eskalator, nasib tak baik ade tanggaaa aje, cube imagine korang bawak stroller bagai, susahhhhhhh taww. Sedangkan nak tukar line LRT  kat Masjid Jamek pun dah semput, eleehh terowong sikitt jee punnn hihi. So be prepared okay, baik guna carrier, senang dan selesa pluss cute sebab anak macam kanggaru hihi

Soooo fast forward, dah tukar lines ke ape semua tu sampai laaa ke Stesen Gapyeong. Di stesen Gapyeong ni nak ke Jeti atau Terminal Feri untuk ke Pulau Nami pulak ade few options, ade bas biasa yang macam bas yang berbeza harga depending on kemana kite nak pergi atau ada perkhidmatan Shuttle Bus, yang ni korang boleh hop on and off, die buat tour ke sekeliling Gapyeong, iaitu satu lagi tourist attraction : Petite France. Bas ni die drop korang pastu nanti dah siap pusing-pusing, korang boleh naik shuttle bus yang sama(atau lain cuma kene perhatikan nama bas ni), dengan guna satu tiket sekali beli je, lebih kurang 6, 000 won atau 6 ringgit depa la. masa kami pi duit Malaysia tengah jatuh, memang sesak nafas gaklaa nak berjalan hihi. Bas ni korang  boleh pilih, nak pusing pergi Jetty ke Pulau Nami dulu atau nak ke Petite France dulu. Tapi kite cadangkan, gi la Petite France dulu, lepastu baru ke Pulau Nami, jadi korang bolehla spend masa lama sikit kat Nami sana tuu nak feefeeelingggggg Winter Sonata kannn hihi. okkk zoooommm to Petite France we go ooooo!

Main Entrance Petite France
PETITE FRANCE
Petite France ni macam perkampungan kecil France la, bukan kampung sebenar tapi bila gi sana korang boleh fefeeling macam dah sampai France. Rumah-rumah die memang berasaskan senibina France. Entrance Fee  dalam 8,000 won ( kalau kat Malaysia ni macam kite masuk Perkampungan orang Sabah keee kan contohhh). So kat sini boleh masuk rumah-rumah yang ade, tengok display set pinggan mangkuk kee kan hihiihhihihi jalan jalan pusinggg jelaa layannnn. Tapi kawasan die ni berbukit, memang memanjat sikittla, pastu dah kate mak buyungg 6 bulan kan, jadi kite duk bahagian bawah jee dekat cafe die, duk sluurppppp jus sambil makan kek Apollo ngan Iman sementara ayah naik atas ambik gambar jalan-jalan. Ni peminat Running Man mesti pernah tengok episod awal-awal, Taecyon ngan Nichkun jadik guest, diorang buat penggambaran kat sini (Nak lagi jelas, sila lah tonton episod ini).
Untuk yang rajin menapak sampai ke atas memang berbaloi lah. Kalau setakat jalan due tige tapak dah mengah macam kiteee ni sila think twice (Ehhhh masukkk jelaaaa bukan dekat taw Korea ni, dah sampai layannn jelaaaa tutup mata gitu bayooo). Nasiblaa mase pergi sini, bukan musim panas, panas manja-manja jee tapi tetap terasa sejuk bila angin bertiup. Nyaaaamaannnn hiks. Nexttttt, turun stesen bas kat bawah, tunggu bas yang tertulis Shuttle Tour tu atau pape jelah namanya ye, jangan salah side naik, kalau nak ke Gapyeong stesen naik belah mana, nak ke Nami naik belah mana please check balik okeyy, dan make sure dah tengok jadual sesiap masa sampai, supaya boleh bajet masa nak naik dan turun.


PULAU NAMI/NAMI-SEOM/NAMI ISLAND
Sampai ke Terminal Feri tu kene beli entrance tiket Nami Island dalam 8,000 won untuk foreigners. So dah beli,get in line,naik feri. Feri ni dua tingkat, kalau nak fefeeling sikit duk la bahagian luar, tak lama pun kurang dari 10 minit atau gitu laa lebih kurang. Dahh sampai Pulau Nami, dari kejauhan nampak hijauuu je. 


Entrance Pulau Nami
Dah sampai Pulau Nami. Bahagian depan ade toilets ,senang. So tengokla plan pulau tu dan rancang nak gi mana dulu. Macam kami, terus je jalan menuju restaurant dia. Dekat restaurant ade tempat chill lepak yang selesa, ade  surau yang sangat bersih dan selesa. Jadi sebab dah lapar, makan dulu, sini ade restaurant Halal. So dah masuk pilih je menu ape korang nak cube. Walaupun pricey sikit,tapi berbaloi la. Pricey sebab darab dengan duit Malaysia kehkehkeh. Kalau 10,000 won, darab 4 = 40 ringgit per head makanan. Hihu kalau kat Malaysia dapat makan tomyam,ikan siakap bagai dah hihi. Tapi layann jelaaa dah sampai takleh nak bajet-bajet sangat. Hihi
Untuk yang tak tahu, Pulau Nami ni digunakan untuk penggambaran Winter Sonata. Tapi itu time winter la memang bersalji, masa ni autumn mana nak ada salji. Tengok statue dorang pun jadilaa. 

Kat sini banyak aktiviti,nak naik basikal keliling pulau, ade couple bike,kids bike semuasemua lah. Tapi mase ni pregnant,tak larat nak kayuh den. So jalann jelah. Bergambar kat laluan pun dah cantik sebab susunan pokok die tu cantik. Kalau dah malam lagi cantik kut, ade lampu-lampu semuaaa hihi 

Konon Winter Sonata


Disebabkan tak mampu nak berjalan keliling,kami decide nak naik buggy car yang diorang buat tour, dalam 5,000won per head,dia akan bawak keliling pulau tu baru korang nampak, ade port untuk naik bot itik tu semua,patung Pelakon Winter Sonata, tapi tour die guna bahasa Korea, so bile diorang gelak ko macam blurrblur hahaha.. layan jelaa. 
Best part is kat pulau ni ade wifi,tapi depends la kuat ke tak signal tu. Bab wifi ni kene tunggu sambungan part lain. Hihi.

So dah siap pusing pulau,dah bergambar,,perut pun dah kenyang,jom kite balik. Tunggu ferry, lepastu tunggu bas ke Stesen Gapyeong. Sedikit tips untuk balik ni,sebab masa kitorang tunggu tren ade orang malaysia jugak, akak tu dah biasa berjalan kat korea,die cakap naik je tren express(sebab masa bayar kan bayar tiket untuk tren biasa) cepat sikit sampai. Die tak stop kat semua stesen, dan sangat laju tren ni. Cepat sikit la sampai bandar tu then baru tukar to nearest line untuk balik ke destinasi masing-masing. Tapi sebab ko macam penumpang harom je jangan berani-berani nak duduk kat seat,nanti kene check haruu je, dukla antara gerabak tu selesa je,luas dan, ade aircond hehe.


Tips penting: 
1. Disebabkan depa ni tak berapa nak pandai speaking, tolong belajar/Google phrase ini untuk mudahkan nak cari makanan hehe

"Dwaeji-gogi paejuseyo" maksud dia, taknak daging khinzir. Kami pun terkial-kial awal-awal sebab bajett jeee korean addict sangat semua cite Korea tengok, tapi gi sana blurrrr nak cakap ape dah macam ayam itik pulak. Tahu cakap yang ni pun insyaAllah senang sikit kikiki bajet terer walhal dandan duk search Google.

2. Kalau travel dengan toddlers, pastikan bekalan makanan kudapan sentiasa ade, Apolu keee bahulu kee coki-coki kee depends on you. Sebab banyak berjalan bebudak cepat stress, so bagila makan, minum in between and on the way tu ye. Kurang sikit tantrum diorang huks.

Ok untuk sambungan lain,silaa tungguuuu hehe

Thanks for reading this entry!


Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia