Petua Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Hari ni nak share sikit berkenaan jerawat. Kira sambungan daripada entry lepas jugakla. Penting taw petua hilangkan jerawat ni terutamanya untuk yang ada masalah kulit senang dihinggapi oleh Miss J ini. Petua hilangkan jerawat ni mungkin kesannya berbeza pada setiap individu, jadi bolehlah try and error dan tengok mana yang sesuai dengan kulit kite sendiri.

Sumber:Google

Antaranya adalah dengan menggunakan lidah buaya. Amalkan 3 kali seminggu, sapukan pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat dan biarkan sehingga kering. Ade yang tak suke bau lidah buaya dan teksturnya yang melekit-lekit tapi khasiatnya memang banyak. Kalau tak takkan lah orang Korea buat produk 99% pakai lidah buaya ni kan. Bukan untuk luka-luka je, untuk masalah jerawat pun insyaAllah berkesan.

Sumber:Google

Kedua, gunakan baking soda. Haa ye baking soda yang guna buat kek gebu-gebu tuuu. Ambik sikit, campur air sampai jadi macam pes, tampal pada bahagian berjerawat.

Sumber:Google

Ketiga, putih telur. Haa elok sangat tadi dah guna baking soda sekarang campur dengan putih telur, jap lagi tinggal masuk oven je tingggggg! hehe. Bukan setakat jerawat tapi siapa yang ada masalah whitehead yang degil tu boleh jugak cuba gunakan putih telur ni. Macam mask gitu tapi mohon bertabah dan sabar dengan haruman asli dari telur itu huhuhuu.

Sumber:Google

Keempat, campuran sesudu yogurt dan sesudu madu. Sapukan pada bahagian berjerawat dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih.

Perlu diingatkan, cara mencuci muka juga mempengaruhi keadaan kulit. Tips bila basuh muka yang terbaik adalah belai macam kite belai anak kite yang berkulit gebu itu. Jangan tenyeh bagai nak rak no no noo.

Sumber:Google

Akhir sekali. kurangkan stress. Stress pun boleh jadi salah satu punca jerawat suka hinggap. Bila stress hormon pun tunggang-terbalik, makanya makin galak lah ia bermaharajalela. Gunalah prinsip Be Happy, No Worries dan Big Girls Don't Cry. Ehhhh haha. Kalau stress cuba cari cara untuk lepaskan instead of pendam macam gunung berapi, bila dia meledakkk haa habis binasa. Heehe. Eh yelah dah start melalut, ok thank you for readinggg.
Nak dapatkan set Shaklee untuk kulit sihat gebu gebas mulus  tanpa cela boleh whatsapp kite ok

NINA FARHANA
017-9050763
PENGEDAR SHAKLEE SALAK TINGGI, SEPANG, KOTA WARISAN DAN NILAI

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia