Cara Daftar Ahli Shaklee Yang Mudah

Assalamualaikum, hari ini saya akan ulang semula tentang cara daftar ahli Shaklee yang mudah. Kenapa saya katakan mudah? Kerana anda tidak perlu keluar dari rumah pun, hanya perlu sebuah telefon pintar atau pun sebuah komputer mudah alih. Kenapa anda perlu tahu cara daftar ahli Shaklee?

sumber : Google

Sekiranya anda adalah pengguna yang sudah lama menggunakan produk Shaklee tetapi tidak mendaftar sebagai ahli, anda sebenarnya rugi.

Jika anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat potongan sehingga 25 % daripada harga runcit yang ditawarkan oleh peniaga Shaklee.

Selain mendapat potongan harga, anda akan dapat menikmati cash rebate ataupun pulangan wang semula jika anda membelanjakan lebih daripada amaun yang ditetapkan.

Jika anda merupakan pengguna yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan produk dari Shaklee, ini adalah masa yang tepat untuk mendaftar sebagai ahli. Cari pengedar Shaklee yang dipercayai ataupun trusted seller . Ini kerana selepas pembelian produk anda perlu mendapatkan konsultasi cara pengambilan yang betul, bukanlah secara membuta tuli. Barulah anda akan mendapat kesan yang diingini.

Bagaimana hendak memilih pengedar yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda?

Pastikan beliau bergerak secara aktif. Bukan hanya berniaga semata-mata inginkan keuntungan dan meninggalkan anda sebagai pengguna terkontang-kanting. Bukan sedikit yang pernah mengalami masalah seperti ini. Akhirnya anda terpaksa mencari pengedar lain dan tentulah anda perlu membayar harga bukan ahli untuk mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

Kedua, pastikan anda mendapatkan produk dari pengedar yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan setiap produk. Ini kerana jika mereka adalah pengedar yang serius menjalankan perniagaan, mereka perlu menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh pakar nutrisi dan cuba menambahkan pengetahuan sebanyak mungkin untuk membantu pelanggan mereka.


Bagaimana Cara Daftar Ahli Yang Mudah? Boleh rujuk posting terdahulu saya yang bertajuk Cara Daftar Ahli Shaklee

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH SAYA BERBANDING PENGEDAR SHAKLEE YANG LAIN?

sumber : Google

Saya adalah pengedar yang pernah menghadiri bengkel nutrisi yang dianjurkan dan telah mendapat pendedahan tentang produk yang dikeluaran oleh Shaklee. Kelas product knowledge yang diajarkan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengedar tahu kegunaan dan fungsi malah kesan daripada pengambilan setiap produk.
Selain itu saya bernaung di bawah Keluarga Besar SuperStarz Family. Dimana, kami mempunyai ketua yang berpengalaman lebih 20 tahun di dalam Shaklee dan kami mendapat akses eksusif kepada doktor pakar yang berpengalaman.

Baca lebih lanjut mengenai Keluarga SuperStarz Family di posting saya yang bertajuk Kelebihan Daftar Ahli Dengan Group Superstarz

Jadi, kenapa  perlu berfikir untuk dapatkan perkhidmatan yang terbaik? Sekian coretan saya tentang cara daftar ahli shaklee yang mudah.



Comments

Popular posts from this blog

Resipi Cupcake Pandan Gula Melaka Terpaling Simple

Resepi Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional

Cara Memilih Supplement Kesihatan Terbaik Di Malaysia